Jemputan Ke Pameran Dua Nusa Merombak Batas Anjuran Visual Art Centre (VAC) Dengan Kerjasama Rumah Seni Selangor (RUsSEL)

Sukacita dimaklumkan bahawa Visual Arts Centre (VAC) menganjurkan pameran usahasama antara staf akademik Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) UiTM Cawangan Kelantan dan Fakultas Seni Rupa Dan Desain (FSRD) Institut Teknologi Bandung, Indonesia. Butiran pameran adalah seperti berikut:

Tarikh Pameran : 17 – 31 Ogos 2019
Tarikh Perasmian : 17 Ogos 2019 (9.00 pagi)
Tempat : Rumah Seni Selangor (RUsSEL)

Program merupakan aktiviti akademik yang sejajar dengan tema amanat tahun baru yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim Naib Canselor baru UiTM Malaysia baru-baru ini. Tujuan utama program ini adalah untuk menjadikan sistem pendidikan berevolusi di Universiti Teknologi Mara amnya dengan mengadakan kerjasama dengan universiti tersohor di Indonesia melalui perbincangan penanda aras Galeri Seni FSSR bersama Dr. Kiki Rizky Soetisna Putri, M.Sn wakil pensyarah dari bahagian Peneliti di Kelompok Keahlian Estetika dan ilmu-ilmu Seni Fakultas Seni Rupa Desain, Institut Teknologi Bandung.