Karya Komik Pelajar MMU Dibukukan Dalam ‘Scroll’

Home / Media / Karya Komik Pelajar MMU Dibukukan Dalam ‘Scroll’

Article from Sifoo.com

Kartunis Sireh, pensyarah di MMU, bersama rakannya Erwin serta para pelajar Fakulti Multimedia Kreatif, MMU telah berjaya mengumpul koleksi karya komik untuk diterbitkan dalam sebuah buku komik.

Soft-Launch Sempena Homecoming FCM

12hb Januari 2019, di Fakulti Multimedia Kreatif, Multimedia Universiti, Cyberjaya, telah berlangsung satu majlis soft-launch buku Komik Scroll yang diselia oleh kartunis Sireh, atau nama sebenar beliau En. Anuar Hassan. Beliau bersama rakan pensyarah, En. Erwin Jabbar telah membawa usul para pelajar dalam Kelab Scroll (www.scroll.club) untuk membukukan koleksi karya komik pelajar dalam kelab tersebut.

Pelancaran buku komik Scroll ini diselit dalam majlis homecoming Fakulti Multimedia Kreatif 2019 yang julung kali diadakan.

Read more here: https://sifoo.com/karya-komik-pelajar-mmu-dibukukan-dalam-scroll/